Hari ni alhamdulillah baru berkesempatan nak update
blog selepas urusan yang pelbagai iaitu sebagai seorang pelajar, unit/entiti
kecil dalam komuniti yang besar di Sendai dan paling penting sebagai orang
Islam yang taklif di Bumi ALLAH ini. Selepas berada di Bumi Sendai hampir
sebulan ini, aku nak kongsikan apa-apa saja yang aku cerap, perhati, tenung
atau apa-apa saja semasa aku sebulan di sini. Mungkin apa yang aku nak tuliskan
ini berbeda dengan pemerhatian orang kebanyakan dan atas faktor lokasi yang berbeza,
Post kali ini, aku kongsikan dulu berkaitan orang-orang Malaysia di bumi Sendai
ni. Post-post akan datang mengenai perkara lain pulak bro. Ni cerita pasai
komuniti Malaysia dulu. Ok, let’s start. Maklumat mengenai umat Malaysian yang
aku boleh senaraikan seperti berikut:
Latar Belakang
1. Hampir semuanya adalah pelajar yang
menyambungkan pelajaran ke Universiti Tohoku (ada 5 kampus iaitu Kawauchi,
Katahira, Amamiya, Aobayama dan Seiryo) dan ada 2 orang lagi yang belajar di
sekolah teknikal (macam Kolej Teknik/Vokasional Malaysia).
2. Majoriti adalah pelajar undergraduate
yang ditaja oleh JPA, MARA dan Panasonic Malaysia. Manakala pelajar post
graduate pula hampir semuanya adalah pensyarah IPTA yang ditaja oleh
KPT/Universiti yang datang dari bidang kejuruteraan, perubatan dan sains sosial
(ekonomi) bagi pengajian peringkat PhD dan ada 2 orang pensyarah yang buat Post
Doc.
3. Jumlah keseluruhan komuniti Malaysia
di Sendai adalah seramai 96 orang (pelajar-pelajar, pasangan,
anak-anak dan warga Malaysia yang bekerja) dengan 97% adalah muslim.
Komunikasi
1. Hampir kesemua komuniti Malaysia akan
memiliki talian telefon berserta internet. Telco di sini lebih ‘memaksa’ kami
membeli telefon serta talian dan internet kerana telefon keluaran Jepun telah
siap built in application untuk menerima sms/makluman jika
berlaku sebarang bencana alam seperti gempa bumi, taufan, banjir dan
sebagainya. Contohnya baru-baru ini pada bulan September 2015 berlaku banjir
besar di wilayah Tochigi dan Ibaraki, utara Tokyo. Hampir semua menerima
sms berkali-kali memaklumkan supaya bersedia berpindah jika banjir tersebut
bertambah buruk.
2. Rakan-rakan di Sendai telah wujudkan
pelbagai group bagi memudahkan pelbagai maklumat sampai sesama kami. Di sini,
aplikasi LINE dan FB Messenger amat popular di sini. Purata sebulan
bayaran bil bagi talian telefon beserta internet puratanya berjumlah 7,000 yen
(ini la pakej yang termurah).
Kenderaan
1. Kebanyakan yang telah berkeluarga
memilih untuk membeli kereta bagi kegunaan harian di sini. Eh.. ko pegi sana
nak belajar dah kenapa ko beli kereta..tu la aku dah cakap.. orang study luar
negara ni mewah.. haa... dulu aku pernah terbaca ada hamba ALLAH yang keluarkan
kenyataan macam tu.. nak marah kat dia pun tak memudaratkan dia.. apa yang aku
boleh cakap.. kawasan di Sendai ni capaian kenderaan awam terutamanya keretapi
masih kurang dan belum efisyen berbanding Tokyo/Osaka. Manakala kalau nak harap
bas atau teksi pula sangat-sangatla mahal kalau nak pergi ke satu-satu tempat.
Kalau jarak dengan kereta hanya perlukan 20 minit, jika menaiki kenderaan awam
seperti bas boleh jadikan tempoh menjadi 2 jam. So.. bayangkan. Pilihan untuk
membeli kereta kebanyakan dibuat berdasarkan faktor kemudahan ke
kampus, sakit demam anak, bantu rakan-rakan yang perlukan bantuan ke mana-mana
serta travel dalam Jepun. Bagi aku pula, aku memilih untuk kayuh basikal setiap
hari dari rumah ke kampus yang jaraknya 2.5 km sehala. Penat jugakla nak kayuh
sebab naik bukit..haha.. tapi bagi aku ini la kemanisan bila duduk di bumi
asing. Kayuh basikal sambil nikmati suasana yang lain daripada Malaysia.
2. Eh.. tadi ko sebut yang berkeluarga
ja beli kereta, yang bujang-bujang ni semua naik basikal ka. Haha.. ada ja
adik-adik undergrad yang beli kereta. Pemerhatian kasar aku bagi adik-adik yang
boleh beli kereta ni lepas mereka jimat dengan biasiswa yang dapat dan ada yang
buat "Baito" atau part time. Ada juga adik-adik yang pakat beli
MPV bagi ikut tahun pengajian bagi kegunaan bersama di sini ataupun istilahnya
mereka beli dan "infaq" kepada sesiapa yang nak guna tanpa sebarang bayaran.
3. Harga kenderaan second hand di
sini sangat-sangat la murah berbanding di Malaysia. Harga Honda Stream tahun
2006 boleh dimiliki dengan serendah 170,000 yen (RM6,000) dengan mileage yang
masih rendah. Di Malaysia hampir mustahil nak dapat kereta dengan harga macam
tu. Kebanyakan kereta ini dibeli hanya bagi kegunaan di sini aka 'kereta
belasah' orang sini panggil. Hahaha....
Makanan
1. Mencari makanan yang halal lagi baik
sangat mencabar di sini. Biasala bila hidup di negara yang asing ni. Aku memuji
beberapa orang sahabat di sini yang sangat teliti dalam pemilihan makanan halal
sehingga call syarikat pengeluar makanan untuk sahkan kandungan
ataupun ramuan makanan yang dipakai tu halal. Besar sungguh pahala bila ada
sahabat yang memikirkan maslahah umum demi menyelamatkan yang lain dari unsur
syubhah dan haram. Namun, sekitar sendai ni ada je kedai atau restoran pakistan
yang jual barang-barang mentah serta jual masakan seperti menu di Malaysia
(tandoori), kedai jepun yang jual udon (mee saiz laksa), soba (mee sup) dan
makanan seafood bergoreng, kedai Thailand dan boleh juga dibeli secara online
jika barang-barang tu rare seperti daun pandan, serai ataupun saun
saderi.
2. Ada kedai Jepun yang boleh dibeli
ayam halal seperti kedai gyomou di Sendai ni. Maksudnya ayam
sembelih la. Ada juga produk halal lain yang dijual seperti hotdog, roti, meggi
keluaran Thailand, mee, sos, kicap dan beberapa produk lagi. Cuma kedai jauh
dari kediaman la kalau nak dapatkan. Jadi, keperluan menggunakan kereta nak
beli barang-barang keperluan harian ni amatlah membantu. Bro.. ko kan ada
basikal. Apa lagi.. kayuhla pi beli barang-barang tu. Haha... Jauh bai. Nak
naik bukit yang tak lepas tu bro. Dahla basikal takdak gear. Mau tercabut
kepala lutut aku tu bro...
Ukhwah
1. Bila kita menjadi minoriti dalam
kelompok majoriti, kita akan sedaya upaya memikirkan survival bersama di bumi
asing ini. Sebelum aku sampai ke Sendai ni dulu pun, aku telah dihubungi
sahabat-sahabat di sini untuk maklumkan pelbagai maklumat penting terutama
berkaitan makanan/ramuan-ramuan penting yang elok dibawa, pakaian, maklumat
kesihatan dan persekolahan anak-anak dan macam-macam lagi. Semua nasihat ini
berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang telah menelusuri kehidupan di sini. Aku
hargai sangat usaha rakan-rakan di sini yang membantu semasa aku sampai di
sini.
2.
Eh.. biasala bro.. kalau orang tolong
sikit-sikit ni. Kat Malaysia ada ja orang tolong ko. Kat sini pulak ko nak up
diaorang apasal.. betul juga.. kat Malaysia pun ada ja orang yang beri bantuan
kalau kita susah. Apa yang aku boleh cakap, bila kita di suatu tempat yang
kemudahan dan fasiliti yang disediakan bukan seperti ni negara kelahiran kita
(sudah semestinya kita akan membuat perbandingan setiap sudut), kita akan cuba
bantu anatar satu sama lain untuk hidup di tempat baru ini. Adaptasi... itu la
perkataan yang aku nak sampaikan. Adaptasi secara bersama-sama hidup di bumi
yang penuh warna ini. Terasa manisnya ukhuwwah di sini.
Okla...setakat ini dulu perkongsian
aku pasal orang Malaysia di Sendai ni. Insyaallah.. jika diberi kekuatan lagi
untuk aku update maklumat-maklumat lain di sini.. akan aku nukilkan sedaya
mampu aku.
Teringat hadis dalam Riwayat Muslim,"Barangsiapa meringankan
beban orang yang dalam kesulitan, maka ALLAH akan meringankan bebannya di dunia
dan akhirat".
MFA
Sendai
7.00 pg
5/11/15












