1. Berdoa - Ni la benda pertama yang aku cadangkan. Mohon bagi sapa yang ada mak abah, mohon mereka doakan dalam solat mereka. Bagi yang bersuami/beristeri, mohon mereka doakan. Kalau belum kawen tu, doa sendiri ja moga ALLAH lancarkan kata-kata semasa temuduga, bagi orang yang dengar kita cakap tu faham dan kejayaan bagi sesi temuduga HLP tu nanti.
2.Tempat temuduga - pastikan dah confirm tempat dengan betul kat mana nak temuduga tu. Takla tercari-cari hari tu. Macam aku temuduga kat Kolej Murni haritu, aku siap bawak wife dan anak-anak lawat tempat tu sebab nak buat anggaran masa untuk keluar awal dan uruskan anak-anak pagipagi sebelum ke temuduga.
3. Pakaian - Untuk temuduga ni..dah HLP untuk pegawai-pegawai kerajaan, sudah pasti isu pemilihan pakaian untuk hadir temuduga HLP bagi aku bukan isu yang besar sebab untuk layakkan seseorang mohon HLP ni mesti daripada gred 41 dan ke atas. Aku cadangkan pakailah dengan suit/blazer hitam atau warna apa-apa la untuk nampak kemas. Kasut juga siap dihitamkan dengan pengilat. Pakai name tag sekali sebab nak mudahkan panel panggil nama kita. Sebab antara yang panel tu selain lecturers mungkin ada daripada pegawai kerajaan yang bertitle Dr. So dia mungkin penjawat awam tegar yang melihat semua benda macam kasut, name tag, baju seterika ke tak, tali pinggang, rambut disisir ke tak, kekemasan misai jambang, berus gigi or bau mulut. Tu contohla sebab masa aku jadi panel temuduga aku ambil kira sebagai bonus kepada calon-calon yang mampu pakai attire macamtu sebab bagi aku depa tau etika berpakaian dan tak payah sangat nak ajar bila dah kerja kerajaan nanti. Tu aku la dulu masa jadi panel.
4. Kenderaan - pastikan kereta/motor takdak masalah. Dan pastikan yang nak menumpang kawan janji betul-betul. Yang naik kapal terbang plak plan for the worst sebab takut flight delay. Yang naik teksi pastikan driver tahu hala tuju nak ke tempat temuduga.
5. Waze - kenapa aku masukkan apps ni sebab sangat membantu bagi kita yang tak familiar dengan tempat atau jalan nak ke tempat temuduga. Install apps ni atau apps lain yang boleh bantu kita sampai.
6. Resume' - pastikan sedia resume' terkini mengenai diri kita. Sebab apa plak nak kena sedia resume' padahal bukan nak mintak kerja? ni jawapan aku..sebab konsep temuduga ni macam nak jual diri. So, masukkan maklumat asas untuk panel-panel lihat diri kita tanpa perlu bertanya dah kawen ke belum, anak berapa orangla, kerja apa, dulu buat apa, minat aktiviti lasak tak, kat komuniti libatkan diri ke tak, penglibatan dengan aktiviti antarabangsa tak, pernah bagi ucapan atau ceramah tak, hobi, dulu ambik bidang apa..haha..panel tak yah tanya soalan-soalan ni sebab dia dah tau secara automatik kalau tengok resume' kita. Sediakan serelaks mungkin resume' kita sebab tujuannya sebagai pengenalan diri kita. Dan paling penting masa aku sedia resume' ni dulu plan aku sebab nak share maklumat penting macam pernah terlibat tak kajian di peringkat antarabangsa, penglibatan aku peringkat organisasi dan kejayaan-kejayaan aku. Semua maklumat ni strategi pemasaran untuk bagi panel-panel ni minat kat aku..hihih..so pastikan maklumat dalam resume ni bukanla resume' mintak kerja tapi resume' HLP bagi orang yang dah bekerja. Sebab aku tengok masa hari nak temuduga tu, kawan-kawan aku terpinga sebab aku tanya sediakan resume' tak? diaorang kata kena sediakan ke? Haa...tengok.. ramai tak sediakan serta tak tau tujuan temuduga ni. Nasihat aku, just google dan cari resume contoh untuk dijadikan template je. Then buat resume sendiri. Okeh?
7. Hard copy Research Proposal dan slide - pastikan buat salinan 3-4 set termasuk diri kita sendiri sebab masa present tu sebab konpem ketaq aka gelabah punya lah..hehe...pastikan ada salinan untuk diri kita juga. JPA tahun lepas siap suruh buat salinan depan belakang untuk jimat page. Sebab sebelum masuk temuduga bolehla baca-baca apa yang patut melainkan dah rasa power sangat la kan.
8. Pointer - kalau yang ada pointer untuk present slide tu lagi mudah. Pengalaman aku, LCD tu duduk betul-betul depan screen, then screen tu pulak tumpuan panel nak tengok info-info. So tak sesuai la nak berdiri terpacak depan screen tu plak kan, so aku berdiri la ke sisi kiri LCD tu, worst case laptop betul-betul sebelah LCD. Amekawww..kan dah kena jalan untuk tekan slide tu. So, tak nak gerakan banyak sangat masa present tu, pinjam japla dari agensi yang ada pointer bagi tujuan ini. Sebab bagi aku yang pernah jadi panel temuduga SPA, ni konsep LESS IS BETTER terutama time temuduga sangatla penting. Maksudnya less movement is better.
9. Note kecil - takut gelabah tak ingat maklumat, tulis la info-info penting atas kertas macam pembaca berita atau wartawan yang nak tanya soalan. Sebab takut ada figures atau name of author jurnal tu ditanya. pengalaman aku, panel nak tau nama 3 nama pengkaji dengan 3 definition berbeza? Susah tak soalan tu...
10. Humor - pastikan jangan terlalu kaku dan nak present macam tajuk KEMATIAN ..hahaha... Maksud aku sebab kita ni pegawai-pegawai kerajaan, just take your time untuk sampaikan maksud kajian tu dan selang seli (bukan selalu) dengan humor. Macam aku, aku siap buat lawak..hihi..nasib panel tu gelak.. so okla kot.
11. Tanya soalan - aku tanya sebab aku kurang jelas soalan yang diberikan, tanya sebab betul ke soalan tu dia tanya, kalau soalan yang aku tak tau jawapan aku hari tu..aku tanya je balik (tujuannya sebab satu memang kita tak tau, kedua sebab kita akui dia pakar). Selalu orang tanya dah nak habis sesi temuduga kan, tak payah, tanya je bila-bila masa dalam temuduga tu..
Banyak lagi sebenarnya lagi nak share dalam ni..next post la eh. Penat taip n jenuh ingat balik apa la pengalaman aku dulu. Ni just tips-tips yang bagi sesetengah orang sesuai, sesetengah orang tak sesuai. Apa aku nak sampaikan dalam ni..pilihla kaedah/strategi masing-masing.
Post akan datang aku akan share lagi kalau ada la tips lagi.

No comments:
Post a Comment