Wednesday, 2 September 2015

Hadiah Latihan Persekutuan - Siri 8 (Luar Negara@Dalam Negara)

Pilihan Luar Negara@ Dalam Negara

Secara lumrahnya/normal kalau soalan ini ditanya kepada semua pegawai kerajaan yang nak sambung HLP ni, jawapan dari hati kecil nurani semua (termasukla aku) pasti nak merasa sambung belajar luar negara. Betoi ka tekaan aku ni? Aku rasala semua manusia yang normal pasti inginkan peluang untuk sambung ke oversea siap ditanggung sampai isteri dan anak-anak (3 orang saja). Ya la..bagi aku yang tak pernah pergi oversea pasti ini saja la peluang melihat dunia luar daripada Malaysia. Mungkin bukan skop kerja aku yang memerlukan aku terlibat dengan urusan di luar negara, hampir 9-10 tahun kerja ni, skop kerja aku hanyalah travel dalam negara dan berkhidmat demi rakyat..ceeewaaaaah....

Cuma dalam coretan aku kali ini hanya ingin mencadangkan kepada rakan-rakan di luar sana yang masih tercari-cari atau tak pasti nak sambung dalam ke luar negara, ini tips aku. Tips ni berdasarkan pengalaman, cadangan dan telahan aku saja yang alhamdulillah ada rezeki sambung ke luar negara, kalau ada yang boleh pakai dan sesuai, gunala..aku tak marah. Ok..tips untuk sapa-sapa yang cadang nak ke luar negara ni seperti berikut:

1. Tajuk/bidang kajian - Pastikan bidang pengajian yang kita nak sambung tu nanti benar-benar solid (boleh yakinkan) panel-panel yang bijaksana tu untuk approve niat kita. Bukan apa, kalau bidang pengajian kita tu memang sah-sah ada dekat universiti tempatan dan lagi bagus untuk sambung dalam, maka padamla niat nak sambung luar negara. Macam aku, bidang aku ekonomi, cuma tajuk kajian aku tu mengenai Middle Income Trap..power tak tajuk aku?haha..tu cuma cadangan tajuk untuk defend time interview. Tak taula nanti dah dapat supervisor dia suka atau ayat selalu la dalam drama..can u propose with new topic...haaa...kan..tajuk tu dah x boleh pakai..tak pun dia akan kata..what if u come out with something  new and interesting..punggah aku...cuma aku nak cakap..bonusla kalau tajuk kita dari mula diperkenan sampai di uni nanti..amiiiin.

2. Bahasa inggeris - nak kena power ka nak apply oversea? Haaa...power tak power try kat litar la..haha..macamni..setiap kali nak apply oversea kita kena duduki ujian IELTS/TOEFL atau apa-apa syarat bahasa. Kalau seingat aku, masa nak ambik IELTS kena bayaq RM630 jugak rasanya..Duit ni hanguih la..investment jugak ni sbb nak belajaq jauh dan taula kita punya english tahap mana. Kebanyakan universiti luar negara nak at least utk 4 komponen dalam ujian tu (listening,reading, speaking and writing) at least 6.5 bagi setiap komponen tu..total band at least 6.5... Time bila pulak aku ambik ujian ni..mesti ada yang nak ambik lepas result HLP ka..sebeLum ka..macam aku..aku ambik sebeLum interview HLP..so masa interview aku fotostat la tunjuk kat panel yang ujian tu dah lepas.. Bab berapa lama keputusan nak keluar lepas ambik ujian, Susah ka tak, ada buku rujukan tak, sapa yang buat ujian speaking tu mat salleh ka abg salleh, bawak pen ka tak, tempat kat mana..nak cerita semua ni hangpa buka ja www.britishcounsil.com.my...dalam tu semua jawapan pada persoalan tadi. 

2.1 Sambungan bahasa inggeris (kalau sambung para atas panjang sangat, so ni para baru ok skit).. Cadangan aku, bab dapat band berapa lepas ambik exam tu, jangan risau..ni kisah benar, kawan aku lepas ambik ujian tu, result dia kat writing dapat 6.0 je dan dia nak buat PhD di kota metropolitan London. Result speaking, listening dan reading dia dapat 7. So agak-agak korang dia dapat tak universiti yang dia nak tu? Jawapannya alhamdulillah dia dapat lepas ditolak kali pertama. Maksudnya first dia apply kat universiti tu memangla tak lepas bai, dia nak at least 6.5, ko dapat 6 je..mana layak masuk kan. Eh..ko tak pandai menulis eh nak masuk Uni kat UK kot...haha... Alhamdulillah member aku ni buat rayuan..alhamdulillah lepas (kena tau cara la nak rayu macamana dan apa nak dirayu tu kan)..alhamdulillah kawan aku sambung PhD di Imperial College London. Tu nama rezeki..bagi aku, syarat asas memang band 6.5, tapi usaha untuk ambik ujian ni cabar diri bagi sapa nak sambung oversea, satu kepuasan bro. Labur rm630 untuk lepaskan syarat asas ni, bukan sikit..

3. Keluarga - sebut bab ni aku fikir panjang nak apply oversea sebab banyak pertimbangan juga perlu diambil kira. Pertamanya aku fikirkan mak abah di kampung terutama bab kesihatan mereka, setakat ni alhamdulillah ok. Isteri aku kena cuti tanpa gaji dan jadi full time housewife, anak-anak pulak terpaksa meninggalkan sistem persekolahan Malaysia dan jadi budak sekolah kat jepun dengan bahasa yang depa dan aku sendiri pun tak tau, abang, kak dan adik aku alhamdulillah sihat dan sokong untuk aku pergi merantau menuntut ilmu, sedara mara pulak alhamdulillah banyak membantu persiapan aku. Sapa lagi eh...

4. Duit simpanan/kewangan - Kena kaya ka baru boleh sambung oversea? Soalan tu tak relevan, sila tanya soalan lain...haha.. Sambung dalam atau luar negara ni kerajaan akan bagi elaun belajar. Kalau luar negara akan ada elaun bantuan sewa rumah (untuk yang bawa keluarga), elaun bantuan keluarga, elaun baju panas, elaun alat tulis, elaun sekali penempatan, elaun tesis dan ada dua tiga elaun lagi. Duit ni semua dah dekat nak fly baru akan dapat. 

4.1 So, kat mana perlunya duit sendiri ni. Ada yang hangus (aku suka guna perkataan investment sebab nak sedapkan hati...haha.. Sebab tak boleh claim)  dan ada yang boleh claim balik. Duit hangus macam nak ambik exam IELTS (RM 630), duit untuk medical check up aku dan wife..kat klinik kerajaan sangat terbatas ujian yang boleh dibuat dan kena bayaq..kat klinik kesihatan presint 9 aku invest RM 130 + klinik an nur presint 15 untuk aku dan wife (ujian TB+TpHA) RM 176 + hospital az zahrah bangi (ujian pregnant + VDRL) RM 80 + klinik kesihatan presint 18 (orang cakap buat medical check up sini cepat, biasa ja kelajuan dia dan kena buat appointment jugak) RM 30 + translate dokumen penting macam sijil kahwin, surat beranak anak-anak (buat kat istana kehakiman) RM80. Ni kira yang tak boleh claim la. 

4.2 Yang boleh claim balik macam duit permohonan universiti..dalam konteks aku satu universiti aku mohon di Jepun 30,000 yen (RM 1 ribu)..JPA tanggung sampai 3 universiti ja..so kalau apply lebih..duit hangpa sendiri la.. Macam aku kalau satu uni dah seribu henggit, kalau 3 uni di jepun dah 3 ribu..banyak tu.. Duit buat pasport (dewasa RM200-5 tahun dan anak-anak RM100 sorang- 5 tahun jugak) RM 700.. Tu ja kot..duit minyak pi sana sini x campuq lagi. Jap..ada satu lagi, boleh claim pindah rumah..tapi terpakai yang nak pindah ja la..macam aku duk kuarters kena keluarla.. Jumlah boleh claim dekat seribu lebih jugak.. Banyak kan nak kena pakai duit sendiri dulu..congak-congak balik jumlah semua yang dia atas dekat RM3000 jugakla. Ni kira yang kasarla..kena prepare duit untuk yang cita-cita nak sambung oversea.

Panjang sangat dah post kali ni..cukupla dulu..akan bersambung lagi kalau ada lagi yang terlintas di kepalaku..siiru ala barakatillah..



No comments:

Post a Comment