Wednesday, 19 August 2015

Hadiah Latihan Persekutuan - Siri 7 ( Edisi Khas)

Edisi Khas (Koreksi Diri Pasca Keputusan HLP)



Erm..apa la aku nak coretkan edisi khas ni. Kekangan masa membataskan aku untuk terus menulis sesuatu yang mempunyai pengisian yang memberi manfaat dalam blog ni. Cukup rasanya, tulisan kali ini cuma sesuatu yang aku rasa sekadar memberi aku peluang bermuhasabah dan koreksi diri selepas aku berjaya mendapat keputusan berjaya mendapat biasiswa/HLP. 

Persoalan yang sering bermain dalam fikiranku sehingga sekarang...mampukah aku menempuh perjalanan sebagai seorang student post graduate nanti? Kenapa la at the first place aku apply untuk HLP ni? Pasaipa la aku nak sambung oversea sedangkan banyak je universiti lokal yang dekat-dekat rumah? Apa la akan jadi kalau sesuatu menimpa mak abah aku dan adik beradik aku time aku berjauhan? Persoalan demi persoalan keluar masuk kepala aku sekarang ni.. Ya ALLAH, moga aku membuat keputusan untuk sambung belajar satu keputusan yang betul dan dapat memberi manfaat sewajarnya...amiiiinnn..

Ok, apa yang aku nak sampaikan..adakah selepas keputusan untuk sambung belajar dengan biasiswa HLP (bagi yang berjaya) ni dah capai kepuasan diriku. Bagi aku masih belum rasanya nak puas diri sendiri sebab berjaya, perjalanan ni sebenarnya masih belum bermula pun. Masih panjang dan jauh rasanya. Seringkali jugak aku terdetik dalam diri, adakah aku mampu hidup sampai tarikh aku nak ke Jepun nanti? Macam mana aku nak besarkan anak-anak di persekitaran yang lain sungguh daripada Malaysia? Anak-anakku nanti mampukah membawa agama ini seperti mana mereka kenal alif ba ta macam di Malaysia? Aduuuh..makin banyak persoalan yang bermain di fikiranku...

Ya ALLAH.. andainya aku dapat mengetahui baik buruk keputusan yang aku buat ini, kau bantulah aku rungkaikan kekusutan ini. Jika jalan yang aku pilih ini nanti di hadapannya terlalu banyak dugaan dan halangan...bantulah dan bimbinglah aku Ya ALLAH.. Amiiin...

Bagi yang nak mohon HLP ni nanti, aku cadangkan.. fikirkan juga jika ditakdirkan rezeki untuk sambung belajar ni milik kita.. apa sebenarnya yang kita nak? Betul macam salah seorang pensyarah INTAN masa kursus QA maklumkan pada kami semua satu masa dulu, akan ada masa-masa bila kita terlalu penat dengan pelbagai benda sebelum dan semasa belajar nanti.. persoalan-persoalan ini akan datang tanpa diundang.. Nasihat pensyarah tu, mulalah dengan pilih satu niat mutlak (niat yang kita yakini mampu bantu kita bangkit tatkala diri kita diselubungi kekusutan dan rasa down). Sangat bertepatan lah dengan hadis Nabi..setiap perbuatan ni mestilah dimulai dengan niat (ikhlas).

Setakat ini dulu nukilan ringkas pasal koreksi diriku. Tetapkan niat, bulatkan tujuan dan Mohonla pedoman daripada Tuhan sekalian alam.









Monday, 17 August 2015

Hadiah Latihan Persekutuan - Siri 6 (Iklan HLP Datang Lagi)

Iklan HLP 2016 Datang Lagi.....

Semalam sekali lagi keluar iklan tawaran HLP 2016 di website JPA. Ni aku paste kan terus maklumat seperti dalam e-SILA:



 Dimaklumkan bahawa pemohonan secara online akan dibuka mulai Rabu, 19 Ogos 2015, jam 5.00 petang sehingga 11  September 2015. Tuan/Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui pautan surat edaran.

Sekali baca surat edaran tu bagi aku sikit sebanyak sama ja dengan syarat-syarat sebelum ni (time aku minta 2014 dulu). Cuma aku perasan ada beberapa perkara yang ditambah baik dan diketatkan oleh pemberi biasiswa. Antara yang aku perasan:

1. Umur - umur calon yang nak mohon HLP ni telah dinaikkan. Sebelum ni bagi master at least berumur 45 tahun dan sekarang dinaikkan jadi 50 tahun. PhD pulak sebelum ni 43 tahun dah naik jadi 45tahun. So peluang la kepada sapa yang terlepas pohon sebab syrat sebelum ni terlebih tua, so sekarang boleh la mohon. Ada berani?

2. Senarai Universiti Luar Negara - Bagi yang nak mohon ke luar negara, senarai/pilihan universiti telah berkurangan. Sekarang JPA hanya menawarkan universiti yang ikut ranking Times Higher Education World University Ranking (THE) saja. Maknanya 200 universiti terbaik dunia sahaja ada dalam list tawaran JPA. So pandai-pandaila nak tentukan Bidang, Sub-bidang dan Kluster yang hangpa nak sambung nanti. Bagi aku, bila senarai universiti luar negara betul-betul berdasarkan 200 yang terbaik, makin ketatla syarat nak ke luar negara dan makin susah. Ye la, dulu list yang banyak tu pun ada rakan-rakan dah seronok dapat tawaran sambung ke luar negara, tapi universiti pulak tak dapat (ada macam-macam sebab la tak dapat, nanti aku share lagi). Bagi yang nak sambung lokal universiti takdak masalah sebab selagi diiktiraf oleh MQA, mohon saja. 

3. Tempoh Memohon -  Alhamdulillah kali ni tempoh masa nak mohon telah dipanjang dan dilebarkan...macam buat jalan pulak...hihihi... So ada lebih kurang 24 hari la ikut kiraan aku untuk mohon secara online sebelum ketua jabatan calonkan. Dalam konteks ketua jabatan pulak, aku dengar macam-macam cerita jugakla sebelum ni. So ni aku ringkaskan yang aku dengar-dengar la....

  • Ada ketua jabatan yang betul-betul pilih pegawai yang nak sambung belajar sebab nak yang terbaik saja dan bukan berdasarkan pegawai dah lepas syarat-syarat asas seperti dalam permohonan HLP. 
  • Ada jugak aku dengar ketua jabatan utamakan yang senior-senior dan yang junior ni sat na, kita bagi la can kat abang-abang, depa makan banyak garam dah..hang junior kumpulkan garam makan bagi banyak skit(hehe...lawak ja noooo...). 
  • Ada la jugak ketua jabatan yang lepaskan semua yang mohon dalam jabatan tu sebab bagi dia, yang mohon semua dan ramai tu tak semestinya akan berjaya bila temuduga (aku suka ketua jabatan yang fikir macam ni sebab long term thinking dan siap analisis ke depan). 
  • Ada jugak yang dah fikirkan kesan kepada organisasi bila pegawai-pegawai mohon HLP ni...ye la..dalam skim perkhidmatan bukan gunasama, (selain PTD,PTM,PLV dan PPsi) pegawai-pegawai tu la buat kerja sama dan tak bertukar dah bertahun-tahun sampai dah jadi expert..so ketua jabatan fikir la kalau dia dapat HLP nanti habisla jabatan..erm...kalau aku jadi ketua jabatan pun akan fikir benda macam ni..susah jugak nak jadi ketua jabatan kan.. 
  • Ada jugak ketua jabatan yang tak boleh nak lepaskan pegawai mohon sebab pegawai ada masalah attitude. Erm..ni aku tak mau komen sebab jelas la kan. ketua jabatan mesti fikir dia ni nak lepas diri or nak lari dari masalah yang dia timbulkan di pejabat. Kalau aku la kan, aku lepaskan je sebab takut masalah jabatan aku kalau dia ada..hehe...

Bagi aku, ketua jabatan ada hak dan budi bicara dia nak lepaskan atau tak. Senang ja, pemberi biasiswa dah mewakilkan kuasa kepada ketua-ketua jabatan buat keputusan sapa yang boleh mohon dan sebaliknya. So, di atas jembala ketua jabatan la nak tentukan.


So, bagi sapa-sapa yang nak mohon..pastikan kita dah fikir masak-masak nak sambung belajar pasaipa. Bab niat tu dah tak boleh kontrol sebab setiap yang nak mohon tu ALLAH saja tau apa yang kita detik dalam hati. Dah tekad nak sambung tu, bulatkan niat dan kita bolos saja dinding itu (ni pengaruh game show dulu-dulu ni...)..hehe..

Last nasihat dari aku, pastikan penuhi syarat asas yang JPA nak dalam permohonan tu. Tentukan nak buat research/mix-mode atau coursework, nak CBBP atau CBBPTB, lokal atau oversea, bidang apa, penyesuaian masa dan macam-macam lagi la...

Setakat ini dulu, insyaallah aku akan share lagi apa-apa yang terlintas di firasat aku mengenai HLP ni..hihi... 

Sekian...



Sunday, 16 August 2015

Hadiah Latihan Persekutuan- Siri 5 (Temuduga Sebenar)

Macam aku ceritakan sebelum ini, pengalaman aku selama 4 tahun di SPA membantu aku buat persediaan sewajarnya untuk hadapi temuduga ini. Betul la macam apa dinasihatkan.. kena buat sedia luaran dan dalam untuk temuduga ni. Bagi aku, untuk temuduga bagi HLP ni mungkin berlainan berbanding minta kerja, kawen atau naik pangkat sebab pengisian temuduga dan outcome temuduga ini juga lain. So ini la tips yang aku nak titipkan masa persediaan aku haritu. Ni macam persediaan umum la sebelum aku masuk temuduga:


1. Berdoa - Ni la benda pertama yang aku cadangkan. Mohon bagi sapa yang ada mak abah, mohon mereka doakan dalam solat mereka. Bagi yang bersuami/beristeri, mohon mereka doakan. Kalau belum kawen tu, doa sendiri ja moga ALLAH lancarkan kata-kata semasa temuduga, bagi orang yang dengar kita cakap tu faham dan kejayaan bagi sesi temuduga HLP tu nanti.


2.Tempat temuduga - pastikan dah confirm tempat dengan betul kat mana nak temuduga tu. Takla tercari-cari hari tu. Macam aku temuduga kat Kolej Murni haritu, aku siap bawak wife dan anak-anak lawat tempat tu sebab nak buat anggaran masa untuk keluar awal dan uruskan anak-anak pagipagi sebelum ke temuduga.

3. Pakaian - Untuk temuduga ni..dah HLP untuk pegawai-pegawai kerajaan, sudah pasti isu pemilihan pakaian untuk hadir temuduga HLP bagi aku bukan isu yang besar sebab untuk layakkan seseorang mohon HLP ni mesti daripada gred 41 dan ke atas. Aku cadangkan pakailah dengan suit/blazer hitam atau warna apa-apa la untuk nampak kemas. Kasut juga siap dihitamkan dengan pengilat. Pakai name tag sekali sebab nak mudahkan panel panggil nama kita. Sebab antara yang panel tu selain lecturers mungkin ada daripada pegawai kerajaan yang bertitle Dr. So dia mungkin penjawat awam tegar yang melihat semua benda macam kasut, name tag, baju seterika ke tak, tali pinggang, rambut disisir ke tak, kekemasan misai jambang, berus gigi or bau mulut. Tu contohla sebab masa aku jadi panel temuduga aku ambil kira sebagai bonus kepada calon-calon yang mampu pakai attire macamtu sebab bagi aku depa tau etika berpakaian dan tak payah sangat nak ajar bila dah kerja kerajaan nanti. Tu aku la dulu masa jadi panel.

4. Kenderaan - pastikan kereta/motor takdak masalah. Dan pastikan yang nak menumpang kawan janji betul-betul. Yang naik kapal terbang plak plan for the worst sebab takut flight delay. Yang naik teksi pastikan driver tahu hala tuju nak ke tempat temuduga. 

5. Waze - kenapa aku masukkan apps ni sebab sangat membantu bagi kita yang tak familiar dengan tempat atau jalan nak ke tempat temuduga. Install apps ni atau apps lain yang boleh bantu kita sampai.

6. Resume' - pastikan sedia resume' terkini mengenai diri kita. Sebab apa plak nak kena sedia resume' padahal bukan nak mintak kerja? ni jawapan aku..sebab konsep temuduga ni macam nak jual diri. So, masukkan maklumat asas untuk panel-panel lihat diri kita tanpa perlu bertanya dah kawen ke belum, anak berapa orangla, kerja apa, dulu buat apa, minat aktiviti lasak tak, kat komuniti libatkan diri ke tak, penglibatan dengan aktiviti antarabangsa tak, pernah bagi ucapan atau ceramah tak, hobi, dulu ambik bidang apa..haha..panel tak yah tanya soalan-soalan ni sebab dia dah tau secara automatik kalau tengok resume' kita. Sediakan serelaks mungkin resume' kita sebab tujuannya sebagai pengenalan diri kita. Dan paling penting masa aku sedia resume' ni dulu plan aku sebab nak share maklumat penting macam pernah terlibat tak kajian di peringkat antarabangsa, penglibatan aku peringkat organisasi dan kejayaan-kejayaan aku. Semua maklumat ni strategi pemasaran untuk bagi panel-panel ni minat kat aku..hihih..so pastikan maklumat dalam resume ni bukanla resume' mintak kerja tapi resume' HLP bagi orang yang dah bekerja. Sebab aku tengok masa hari nak temuduga tu, kawan-kawan aku terpinga sebab aku tanya sediakan resume' tak? diaorang kata kena sediakan ke? Haa...tengok.. ramai tak sediakan serta tak tau tujuan temuduga ni. Nasihat aku, just google dan cari resume contoh untuk dijadikan template je. Then buat resume sendiri. Okeh?

7. Hard copy Research Proposal dan slide - pastikan buat salinan 3-4 set termasuk diri kita sendiri sebab masa present tu sebab konpem ketaq aka gelabah punya lah..hehe...pastikan ada salinan untuk diri kita juga. JPA tahun lepas siap suruh buat salinan depan belakang untuk jimat page. Sebab sebelum masuk temuduga bolehla baca-baca apa yang patut melainkan dah rasa power sangat la kan.

8. Pointer - kalau yang ada pointer untuk present slide tu lagi mudah. Pengalaman aku, LCD tu duduk betul-betul depan screen, then screen tu pulak tumpuan panel nak tengok info-info. So tak sesuai la nak berdiri terpacak depan screen tu plak kan, so aku berdiri la ke sisi kiri LCD tu, worst case laptop betul-betul sebelah LCD. Amekawww..kan dah kena jalan untuk tekan slide tu. So, tak nak gerakan banyak sangat masa present tu, pinjam japla dari agensi yang ada pointer bagi tujuan ini. Sebab bagi aku yang pernah jadi panel temuduga SPA, ni konsep LESS IS BETTER terutama time temuduga sangatla penting. Maksudnya less movement is better.

9. Note kecil - takut gelabah tak ingat maklumat, tulis la info-info penting atas kertas macam pembaca berita atau wartawan yang nak tanya soalan. Sebab takut ada figures atau name of author jurnal tu ditanya. pengalaman aku, panel nak tau nama 3 nama pengkaji dengan 3 definition berbeza? Susah tak soalan tu...

10. Humor - pastikan jangan terlalu kaku dan nak present macam tajuk KEMATIAN ..hahaha... Maksud aku sebab kita ni pegawai-pegawai kerajaan, just take your time untuk sampaikan maksud kajian tu dan selang seli (bukan selalu) dengan humor. Macam aku, aku siap buat lawak..hihi..nasib panel tu gelak.. so okla kot. 


11. Tanya soalan - aku tanya sebab aku kurang jelas soalan yang diberikan, tanya sebab betul ke soalan tu dia tanya, kalau soalan yang aku tak tau jawapan aku hari tu..aku tanya je balik (tujuannya sebab satu memang kita tak tau, kedua sebab kita akui dia pakar). Selalu orang tanya dah nak habis sesi temuduga kan, tak payah, tanya je bila-bila masa dalam temuduga tu..
Banyak lagi sebenarnya lagi nak share dalam ni..next post la eh. Penat taip n jenuh ingat balik apa la pengalaman aku dulu. Ni just tips-tips yang bagi sesetengah orang sesuai, sesetengah orang tak sesuai. Apa aku nak sampaikan dalam ni..pilihla kaedah/strategi masing-masing. 

Post akan datang aku akan share lagi kalau ada la tips lagi. 



Hadiah Latihan Persekutuan - Siri 4 (Research atau Coursework)

Insyaallah aku nak detailkan pengalaman aku masa interview bulan 12 2014 lalu. Harap dapatla aku titipkan pengalaman aku ni at least sebagai kenangan aku mohon untuk sambung belajar dan menjadi memori untuk aku ceritakan kepada anak-anakku nanti insyaALLAH. Temuduga ni aku attend lepas pertama kali mohon HLP dan tekad aku nak sambung belajar ke peringkat Master Ekonomi di Luar Negara. Bagi sapa-sapa yang baca blog aku ni, kalau tanya aku nak mohon nanti nak buat secara coursework atau research/mix-mode. Aku cadangkan mohon secara RESEARCH dulu. Ni jawapan aku la.

Kenapa??? Sebab pendekatan yang berbeza terutama daripada segi penyediaan dokumen (research proposal) dan semasa temuduga. Bagi yang buat secara RESEARCH/MIX MODE, aku kena buat extra kerja sebab kena sediakan research proposal seperti yang digariskan oleh JPA (ada benda-benda yang dia nak dalam research proposal (RP) tu) macam Intro, Problem Statement, Obj., Significance of study, Literiture Review, Research Methodology dan Work Schedule. Untuk dapatkan dan hasilkan benda-benda ni kena membaca dan fahami apa yang kita nak buat. Kenapa aku cakap kena baca dan fahami betul-betul, nanti masa temuduga kita kena bentangkan benda-benda ni depan 3 orang panel yang pakar dalam bidang kita nak study(aku rasa la diaorang pakar sebab mereka ni pensyarah-penyarah universiti). Berbanding yang nak sambung secara coursework plak, penyediaan dokumen lebih simple. So kesan dia temuduga juga akan lebih simple. Maksud aku, bagi yang nak buat coursework, mereka akan masuk ke dalam bilik temuduga 3-4 orang calon sekali gus, pastu ditemuduga oleh panel-panel (3 orang juga) dan jangkaan masa sorang dalam 15-20 minit. Berbanding aku yang buat secara Research, aku habiskan masa 60-75 minit untuk bentang idea kajian aku dan aku ada masa untuk pertahankan semua hujah-hujah aku. Tak kisah kena tegur atau marah, at least aku boleh tunjukkan pada panel aku bersedia. Kesilapan tu biasa sebab memang aku tak ikuti proses yang betul sebelum belajar, at least aku sedia dengan maklumat kajian aku. 

Yang penting jangan plagiat tajuk kajian orang sebab aku dapat tahu ada calon-calon yang main copy paste je daripada kajian-kajian lepas then bentang proposal tu macam dia buat. Huhu.. janganla buat macam tu sebab aku dimaklumkan oleh kawan aku kat JPA aritu, ada calon-calon kantoi sebab panel tu ingat tajuk kajian yang dipresent tu student dah buat and worse case plak student tu di bawah seliaan lecturer tu. Buat keje lebih skit dengan membaca, cari, faham dan keluar dengan hasil even tak seberapa. Tu nasihat je untuk diri aku jugak.


Alhamdulillah....lepas 75 minit aku berada dalam bilik temuduga tu, aku puas hati dan lega sebab bagi aku, aku dah buat sehabis baik dan iringan doa-doa daripada mak abah dan wife aku, aku lega. 

Ehh..tak cerita lagi eh bab masuk dalam bilik temuduga. Hihi...nak taip kat sini jadi makin panjang lak. Ke nak taip kat post baru je pasal temuduga ni. Erm... post baru la..dah panjang sangat ni. Nanti aku detailkan persediaan untuk masuk temuduga.

Alhamdulillah... COE

Alhamdulillah...Alhamdulillah..

Lepas tunggu dekat 2 bulan, akhirnya COE (Certificate of Eligibility) dah selamat sampai ke rumahku di Putrajaya. COE ni la antara perkara terakhir sebelum urusan dokumentasiku dengan JPA akan selesai. Untuk makluman, COE ni kena mohon in advance bagi sapa yang nak ke Jepun sebab akan masuk sebagai student macam aku. COE ni Universiti yang pohon bagi pihak kita kepada imigresen Jepun. Kira aku dah isi borang untuk COE ni masa aku setuju terima untuk masuk ke Universiti Tohoku la. Wife dan anak-anakku pulak tak payah mohon lagi sebab aku akan bawak masuk sebagai tourist (maximum stay untuk 3 bulan) dan aku akan proses di sana untuk tukar status daripada tourist kepada dependant aku nanti. Moga ALLAH mudahkan urusan ni kat sana. 

Kalau tak silap COE ni aku dapat 10 Ogos 2015 (Isnin) haritu. Dah dapat COE kena cepat-cepat ke Kedutaan Jepun di Ampang untuk proses Visa Student pulak. Dah dapat COE ni aku peram 3 hari jugakla sebab sibuk dengan urusan kerja. 

Alhamdulillah, 14 Ogos 2015 (Jumaat) pagi aku decide untuk pergi ke kedutaan dengan wife, aqil dan haziq. Masa sampai di kedutaan, urusan cepat je. Yang penting kepilkan pasport, COE dengan borang untuk masuk Jepun. Pastu tak sampai 5 minit kerani tu bagi resit penerimaan dan minta datang ambil 17 Ogos 2015 (Isnin) petang nanti. Alhamdulillah..urusan dipermudahkan.

Lepas selesai ambik visa student petang ni, aku kena proses cepat borang-borang lain untuk hantar je JPA pulak untuk tempahan tiket, tawaran tetap JPA, financial afidavit dengan claim apa-apa yang boleh. Pastikan wife dah dapatkan sain bos untuk kebenaran cuti tanpa gaji dengan pengesahan tak pernah ambik elaun baju panas je lagi. Pastu turn aku pulak nak setel dengan ketua jabatan. Harap takla lama sangat ketua jabatan aku nak sain nanti.

Bila dah last-last ni, aku rasa debaran makin hebat sebab banyak benda lagi nak kena setelkan. Urusan pindah rumah, kemas rumah, urusan dengan tempat kerja, urusan sekolah anak-anak dan macam-macam lagi la. Urusan nak jual kereta aku lagi. Huuuu...banyak sangat-sangat lagi urusan nak kena buat. Tapi takpa, walaupun banyak kerja nak kena buat sebelum aku berangkat ke Jepun, ni la jalan yang aku pilih bila nak sambung belajar ke luar negara. Ni baru kat sini, belum lagi di Jepun. Sini ok lagi ada ramai orang boleh bantu, nanti kat sana memang ujian bagi aku hebat jugak sebab komuniti Malaysia tak ramai pastu nak hidup di negara yang lain sungguh dari Malaysia ni, moga ALLAH kurniakan kekuatan pada aku dan keluarga.

Contoh COE

Thursday, 13 August 2015

Hadiah Latihan Persekutuan- Siri 3


TEMUDUGA HLP 2014


Tengok pada tajuk ni je, semua orang tau temuduga satu proses untuk pilih calon-calon untuk dapatkan kerja, naik pangkat, biasiswa, kawen dan apa-apa yang berkaitan la. Pengalaman aku selama 4 tahun di SPA membantu jugakla aku membuat persediaan yang sewajarnya untuk proses temuduga ni. Tarikh aku temuduga memang dah tak ingat dan yang aku ingat aku temuduga di Kolej Murni (Kolej Kejururawatan rasanya) yang dekat jalan nak ke Desa Pinggiran Putra.

Temuduga ni bagi aku kaedah kita nak jual diri kita dan nampakkan kita boleh, mampu dan sangat-sangatla power (walaupun hakikatnya kita ni biasa ja). So, untuk dapatkan sesuatu lepas temuduga ni yang sememangnya penting, persediaan yang betul sangat-sangat mustahak. Konteks aku, aku target untuk sambung belajar dengan biasiswa JPA sebab aku tak mampu nak sambung belajar guna duit sendiri, so aku usaha la tahap tertinggi sebab nak compete dengan calon yang dikhabarkan seramai 1500-1600 orang bagi tempat yang hanya 500 orang (dimaklumkan hanya 100 untuk peringkat PhD dan 400 lagi master). Macam aku pulak teringin nak sambung over the sea, so extra effort need to be taken into consideration la.

Okeh, tu muqaddimah aku. Ni apa yang aku nak cerita sebenarnya. Pengalaman aku sepanjang menjadi penemuduga di SPA hampir 4 tahun dulu (2010-2014), aku boleh simpulkan orang yang berjaya dan tak berjaya temuduga ni ada karekteristik dan sebab-sebab tertentu. Bagi yang berjaya, sudah tentu rezeki tu ALLAH dah tentukan. Ni selain rezeki, antaranya selalunya calon tu pandai bercakap untuk sampaikan apa yang ditanya oleh panel, kedua calon tu bersedia dengan maklumat-maklumat berkaitan bidang yang dipohon dan ketiga calon tu bersungguh-sungguh. Kadang-kadang aku pertimbangkan juga calon berjaya ni sebab kemanusiaan (contohnya daripada keluarga yang terlalu susah, supaya calon ni mampu keluarkan kehidupan dia dan keluarga daripada kemiskinan). Bagi calon yang tak berjaya tu sebaliknya la.

Ok. Back to business. Aku nak ceritakan detail sikitla macamana aku attend temuduga ni. Ok..ok..sebelum aku nak temuduga ni..berpuluh-puluh kali aku call mak dengan ayah aku. Aku bagitau tarikh dan masa nak temuduga. Tujuannya, kebiasaan bagi semua benda besar yang aku nak buat, seboleh mungkin aku dahului dengan doa mak ayah aku. Mak ayah aku biasa akan buat bacaan yaasin dan buat solat hajat untuk aku. Selama ni aku rasa kejayaan dan nikmat aku dapat ni selain rezeki ALLAH, keduanya mesti mustajabnya doa mak ayah aku. Diaorang pulak sampai dah deklat nak masuk temuduga tu pun call bgtau diaorang dah baca yaasin dan doakan aku berkali-kali. Alhamdulillah..moga mak abah panjang umur dan boleh terus doakan aku. Apa aku nak sampaikan, kejayaan kita selalunya bukan sebab usaha kita semata-mata, kita sekadar usaha setakat mampu, tapi yang nak power mintala mak abah yang masih hidup tu doakan kita. Terima kasih mak abah.

Dah banyak pulak cerita kat sini..ermm…kena siapkan sesuatu pulak ni..nanti la ye aku sambung untuk tips temuduga HLP 2014 lagi..

Ya ALLAH, ampuni lah dosa-dosa aku, dosa-dosa kedua ibubapaku dan ampunilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak daripada kecil Ya ALLAH..



Sambung nanti….

Hadiah Latihan Persekutuan - Siri 2

Edisi Gigih...


Alhamdulillah tahun lepas dalam bulan 8/2014 kalau tak silap sekali lagi iklan bagi tawaran HLP ni keluar. Cuma masa yang diberikan untuk siapkan segalanya (penyediaan proposal, daftar online bagi maklumat diri bagi sapa yang nak mohon HLP tahun 2014 dan tentukan sama ada nak buat research atau coursework) hanya dalam tempoh 7-10 hari saja. Time ni la aku baru gelabah nak pilih tajuk dan tentukan sama ada nak buat full research atau secara kerja kursus.

Waktu ni la aku tekad nak fokus pada bidang yang aku belajar time degree iaitu EKONOMI. Bidang yang aku sangat minat dan mencabar. Aku jugak tekad nak propose tajuk berkaitan Middle Income Trap sebagai tajuk kajian aku.

Haa.. maka perjalanan selama 7-10 hari ni la aku korbankan masa rehat, masa bersama keluarga, masa tidur dan time keje untuk aku siapkan proposal aku. Aku minta maaf pada isteriku kerana dalam tempoh seminggu lebih ni aku minta dia jaga semua anak-anakku yang tengah sangat-sangat aktif ni dan perlukan perhatian. Memang masaku hanya depan laptop dan search jurnal-jurnal berkaitan topik yang nak aku propose. Rupanya bukan senang.. Ya ALLAH..time ni memang rasa tak sempat sangat sebab takut apa yang aku buat nanti tak tepati apa yang JPA nak. Setiap hari aku tidur hampir pukul 4 ke 5 pagi semata-mata nak siapkan proposal ni.

Cadangan aku, bagi sapa-sapa yang nak buat proposal ni..sebelum iklan JPA ni keluar..ni tips aku dan pengalaman aku secara peribadi, mungkin tak sama dengan orang lain.Proses mohon online, sokongan ketua jabatan/ kebenaran ketua jabatan aku tak detailkan sebab ni proses pentadbiran biasa bagi sapa-sapa pegawai kerajaan nak mohon kursus jangka panjang atau pendek. Pastu kena apply online untuk tawaran HLP JPA ni, kalau berjaya akan di shorlist untuk dipanggil temuduga. Dah berjaya dipanggil temuduga, ni la proses-proses seterusnya…..(susunan ni mungkin boleh sesuaikan ikut proses masing-masing):

  1. Tentukan Bidang Kajian - Pilih secara makro dulu apa bidang utama yang nak buat. Ekonomi, Sains Sosial, Kesihatan, Kejuruteraan etc 
  2. Kemudian tentukan secara spesifik kajian yang nak dibuat. Contohnya Kaji kebolehpasaran graduan luar negara di Malaysia? atau Keberkesanan pelaksanaan GST kepada pertumbuhan ekonomi negara? ni cadangan ja.
  3. Dah dapat bidang spesifik tu, kalau boleh buat bacaan melalui jurnal-jurnal terkini. Haa, pengalaman aku..untuk dapat maklumat daripada jurnal-jurnal ni mudahnya cari kat Google Scholar je. Berlambak kat situ boleh dapat kajian/tulisan/pandangan/kritikan/research gap/pendedahan dan macam-macam lagi maklumat. 
  4. Kaedah lain, sebelum nak google or cari maklumat ni semua, aku cadangkan baca dulu tulisan Dr. OT (drotspss.blogspot.com) atau mana-mana blog/website akademik mengenai pencarian bahan-bahan ni. Insyaallah lepas baca at least dapatla kaedah terbaik nak cari bahan-bahan ni. Bukan boleh main cari je, sebab kalau belasah nak cari macam tu je silap-silap x jumpa. Cuma tulisan Dr. OT ni dah beratus or dah beribu..lama dah tak follow, kena search sikitla dalam blog DR. OT ni sebab macam-macam persoalan dan cadangan beliau. Apa-apa pun, silalah baca. Insyaallah..ada cahaya di hujung terowong (kat sini la aku faham maksud perkataan RESEARCH GAP dan macam-macam lagi la perkataan?
  5. Lepas dah dapat panduan tu (panduan cari jurnal berkaitan), then baca la setakat boleh..then transfer apa yang difahami tu ke dalam tulisan. Bagi yang nak buat secara RESEARCH/MIX MODE, kaedah ni la aku buat. Sebab aku apply ke JPA untuk mengaji secara full research. Untuk coursework mungkin bagi bacaan tu perlu tapi tak sedetail yang nak buat secara research.
  6. Seterusnya, boleh jugak dapatkan pandangan sebelum atau selepas pada sesiapa yang bagi korang dah tahap powerla daripada segi keilmuan (ikutla dia tu prof ka, kawan pejabat yang dah master/PhD ka). Pandangan diaorang sebenarnya membantu sebab bagi aku diaorang dah dapat master/PhD.
  7. Lepastu, apa lagi eh..jap nak ingat balik sebab proses ni aku buat bulan 8/2014 tahun lepas. Ok, lepastu proposal korang tu nak suruh orang semak dulu pun boleh. Dalam konteks aku, aku tak sempat nak suruh sapa-sapa semak sebab aku malu orang baca apa aku buat. So, aku puas hati sendiri je la yang aku dah buat yang terbaik. Tawakkal pada ALLAH ja la.
  8. Kalau HLP JPA yang pilih untuk buat research/mix mode ni, JPA wajibkan untuk buat pembentangan dan mesti sediakan slide dalam 5 page ja. Ada benda-benda la di anak dalam 5 page tu, xpa..insyaallah akan aku detailkan pengalaman aku sediakan slide dan pembentangan dan macamana aku bentang (dalam siri yang lain)
  9. Then dah siap semua benda ni nanti, adala JPA minta sediakan beberapa Salinan bagi tujuan pembentangan.


Ok, setakat ni dulu tips-tips berdasarkan pengalaman peribadi aku untuk mohon start dari online, sediakan bahan-bahan untuk tajuk proposal sampaila persediaan hard copy dan soft copy pembentangan. Insyaallah aku akan detailkan sesi presentation dalam siri yang lain. Bagi yang membaca, moga mendapat manfaat.

Monday, 10 August 2015

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) - Siri 1

HLP ni dah lama sangat aku dengar dan seringkali JPA keluarkan tawaran ni kat website. Namun, seringkali juga aku hanya memandang iklan ini tanpa komitmen untuk memohon dan impian untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi. 

Kerap kali juga aku dengar dan dapat tau senior-senior dalam perkhidmatan aku yang berjaya sambung ke peringkat master dan PhD. Merata tempat dan macam-macam bidang yang diceburi. Macam-macam juga cerita aku dengar daripada mereka yang dapat biasiswa ni. Suka sebab bagi sesetengah tu dapatla cuti lepas penat kerja teruk aka stress. Ada yang jadikan belajar ni sebagai honeymoon sebab time kerja banyak sangat masa untuk kerja dan kurang masa untuk family. So honeymoon bagi yang kategori macam tu la. Ada pulak yang memang niat nak sambung ke peringkat tertinggi sebab rasa tak cukup pandai macam aku la ni..hehe.. Wa imma apa pun alasan orang nak sambung belajar ni, ALLAH Maha Mengetahui apa pun tujuan semua niat tu.

Namun, lately kedengaran pertimbangan untuk naik pangkat ke gred yang lebih tinggi memerlukan kelulusan akademik yang juga tinggi. Sekurang-kurangnya ada master. Allahu.. betapa ramai pegawai awam sekarang kena bersaing demi naik pangkat dan juga memerlukan kepakaran dalam satu-satu bidang (tapi bidang yang belajar tu nanti kadang-kadang bila dah posting lepas balik belajar takdak kaitan dengan apa yang kita belajar).


Walau apapun tujuan orang sambung belajar ni, bagi aku, aku niat untuk komited sambung belajar ni sebab nak tambah baik diri (dari kurang ke lebih la daripada segala benda), rehat kepada diri serta lebih masa untuk bersama keluarga selepas banyak masa habis di pejabat berbanding melihat anak membesar depan mata dan paling penting moga-moga juga aku sambung belajar ni sebagai pahala kepada aku dan anak-anak serta isteriku nanti=)


Muqaddimah..


Dah lama sangat tak menaip dalam laman sosial ni. Bukan tak mau taip, tapi kekangan masa. Bagiku masa lebih kepada keluarga untuk besarkan anak-anak yang semakin aktif, masa untuk kerja demi mencari rezeki untuk tampung kehidupan yang entah bila akan berakhir dan masa untuk ibadah kepada pencipta.

Ya ALLAH, kurniakan kepadaku kekuatan untuk istiqamah untuk menaip dalam ni dengan idea dan fikrah yang jelas dan matang. Semoga apa yang aku taip dalam ni memberikan aku motivasi untukku tambah baik mana yang kurang serta mengisi mana yang lompang.


Ya ALLAH, kurniakan juga kepadaku dan keluargaku kesihatan yang baik dalam mendepani kehidupan yang semakin mencabar ini Ya ALLAH.


Ya ALLAH, andainya kehidupan yang engkau rencanakan padaku ini memberi kebaikan kepadaku, dekatkanklah daku padamu ya ALLAH.


Ya ALLAH, jika kata-kataku dalam ni menjadi hujjah aku di hadapanMu nanti untuk memilih antara syurga atau neraka, jadikan kata-kataku ini sebagai bukti untukku pertahanku diriku nanti Ya ALLAH.


Amin ya Rabbal A'lamin...


Moga mukaddimah doa ni memberi aku motivasi untuk terus menaip demi mencoret pengalaman, pendapat, hujah, kata-kata dan sebarang bentuk fikrah yang lahir dariku ini nanti. Moga aku mampu memberi sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada sekelumit manusia di luar sana tentang secebis ilmu daripada kehidupan yang telah, akan dan akan aku lalui nanti.


Ganbatte ne.


Photo